Tuesday 7 November 2017

UMRAH





salam sejahtera kpd pembaca semua. Kali ini saya mengerjakan umrah. Travel yang saya gunakan adalah :-

RBA TRAVEL & SERVICES SDN.BHD
No.25-2, Jalan Tasik Utama 6
Medan Niaga Tasik Damai
57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur

03-90542458

PAKEJ merangkumi :-
  1. 13 hari 11 malam
  2. Tiket Air Asia X pergi/balik
  3. Pengangkutan Jeddah Ke Jeddah
  4. Penginapan di Mekkah & Madinah
  5. Buffet makan/minum di Hotel Mekkah & Madinah
  6. Air zam-zam 5liter percuma
  7. Menziarah di tempat Mekkah & Madinah
  8. Kabin bag &  Sling Bag percuma
  9. Panduan Mutawwif
  10. Umrah Visa
Total : RM6500/seorang
*saya ambil 1 blik 2 orang sahaja

HARI PERTAMA

Adab-adab perjalanan (Safar)
  • mandi sunat musafir
  •  solat sunat musafir

 BACAAN SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH
  • Surah Al-Ihklas (3X)
  • Surah Al-Falaq (3X)
  • Surah An-Nas (3X)


Ayat Kursi (3X)


10pm
  • KLIA2
  • taklimat dari agen RBA Travel
12am
  • dibalai berlepas
  • menggunakan Penerbangan Air Asia X 



2.30am
  • berlepas ke awan biru
3.30am
  • sarapan pagi bermenu : -Sate & nasi Impit 


6.30am
  • makan lagi , Menu :- Nasi Lemak + Rendang Ayam

7.20am
  • sampai di Airport Jeddah 


8.50am
  • menungu bas & menuju ke Hotel Al Wissam @Mekah
  • masa perjalanan adalah 1 1/2 jam (80km) 
  • ketika didalam bas, anda digalakkan membaca :-

10.10am
  • sampai di Bandar Mekah 


10.40am
  • Alhamdulillah sampai @Al Wissam Hotel 


11.10am
  • check in bilik @tingkat 1, bilik 104 
12pm
  • makan tengahari
  • menu :- nasi putih, pelbagai jenis lauk melayu 

12.30pm
  • solat zohor di Hotel 
1pm
  • berkumpul di Lobby hotel bg mendengar taklimat bg yang pertama kali mengerjakan umrah dari Mutawwif 
1.30pm
  • berjalan dari hotel menuju ke Masjidil haram
  • ingat nombor pintu anda masuk (pintu 93) & sentiasa membaca :-


Rukun-rukun umrah :-
  • niat untuk mengerjakan umrah
  • tawaf sebanyak 7X keliling Kaabah
  • Sa'ei dari Sofa Ke Marwah, 7X pergi dan balik
  • bercukur atau menggunting rambut dikepala
  • tertib, iaitu menurut susunan tertib yang disebutkan
    •  berlari anak ke Al Safa sebanyak 7X
    • keadaan di Safa adalah sejuk, bg kaum lelaki dilarang menggunakan lapik kaki  
    • jangan lupa bercukur bagi lelaki. Awas, jangan tertipu dengan pencukur yang caj mahal
    5.30pm
    • Alhamdulillah selesai mengerjakan umrah yang pertama 
    • persiaran keadaan di Masjidil Haram



    •  ini adalah menara jam
     5.35pm
    • menuju ke hotel 
    5.45pm
    • singgah kedai ice cream (5Riyal-campuran perasa) 
    •  membeli kain serban warna purple 20 Riyal
    • jangan khuatir, kebanyakan perniaga disini fasih berbahasa melayu
    • harus diingat, kedai-kedai berhampiran dgn hotel @ tepi jalan harganya lebih mahal berbanding kedai yang berada jauh kedalam @ tersorok
    7.30pm
    • solat maghrib @Hotel 
    7.45pm
    • makan malam
    8pm
    • menuju ke Masjidil Haram untuk Solat Isya 
    • keadaan di dalam Masjidil Haram




    •  ini adalah menara jam, bhgn bawah nya adalah Hotel & Shopping Mall
    9pm
    • menuju balik ke Hotel & singgah kedai berhampiran Hotel 
    • membeli batu cincin (2 biji 65 Riyal & Mineral Water botol besar 2 Riyal)

    10.30pm
    • Hotel Al Wissam-tidur & beristirehat 

    HARI KE 3

    3.10am
    • solat subuh @Masjidil haram 
    • selesai solat subuh, akan ada jualan ditepi2 kaki lima, harga memang murah, tapi penjual tiada lesen, apabila polis datangm bertempiaran penjual lari
    5.30am
    • membeli belah di Kedai 2 Riyal
    • perfume roller-up X1
    • tasbih warna hitam X5 


    6.00am
    •    sarapan pagi, Menu :- Nasi Lemak & buah-buahan



    6.30am
    •  aktiviti di bilik Hotel-tidur
    9.30am
    • solat jumaat @Masjidil Haram
    • kene datang awal untuk berada di hadapan Kaabah, jika lambat anda akan solat di kaki lima



    1.30pm 
    • solat jumaat bermula (Ketika ini hujan telah turun dengan lebat selama 2 minit)
    • berteriak semua orang memuji kebesaran Tuhan

    2.00pm 
    • makan tengahari, Menu :- Nasi Minyak & Buah-buahan
    2.30pm
    • shopping kembali @ kedai 2 Riyal
    • ubat gigi X1, tasbih warna hijau X3 (sebenarnya saya suka menyimpan produk keluaran negara yg saya lawati utk kenangan)


    3.30pm
    • solat asar @masjidil haram

    4.45pm
    • shopping again-sekitar hotel (actually keliling di masjidil Haram adalah tempat membeli belah, tapi hati-hati ketika membeli barang, diharap membuat survey harga dahulu ya 
    • pembelian :-biskut perasa pisang 1 Riyal, Biskut perisa butter 2 Riyal & Pakej Sejadah 10Riyal



    6.00pm
    • solat Maghrib & Isya @Masjidil Haram (sekali gus, malas nak balik ke hotel, tunggu terus di masjidil haram utk solat Isya
    • dapat kenalan baru dari Lubnan
    9.00pm
    • makan malam, menu :- Nasi Berlauk (tapi saya makan buah-buhan & jelly)

    • cer tengok buah-buahan tu...sangat segar kan.
    10.40pm
    • shopping back, sekitar mall di hotel
    • jubah warna hitam 70 Riyal, Batu Cincin, 3 warna 77 Riyal, cincin silver 30 Riyal
    • harus diingat kene bijak dalam tawar-menawar



     11.30pm
    •  balik ke hotel utk beristirehat & tidur

     HARI KE 4

    3.05am
    •  solat subuh @masjidil Haram
    4.00am
    • sarapan pagi, menu : roti kosong cicah gulai kari ayam, ada lagi menu lain, tapi saya nk makan ringan pg ni

     5.15am
    •  aktivi bebas di dalam bilik hotel
     7.30am
    • bersiap-siap untuk menunaikan umrah (perlu memakai kain ehram &perlu mengikut tataterbit umrah yang betul) kedua & menziarah ke tempat bersejarah
    8.15am
    •  sampai di tempat pertama ziarah :- JABATUL NUR
    •  pembelian anggur tempatan 5 Riyal, tak masam, malah manis

     9.00am
    •  ziarah ke dua PADANG ARAFAH (pertemuan Adam & Hawa)

     10.30am
    •  ziarah ke tiga MASJID AL JARANH MINA
    • disini perlua niat umrah (bagi yang ingin mengerjakan umrah kali kedua)
    • silalah kerjakan solat sunat disini (perbanyakan solat sunat, apa2 solat sunat, in shaa Allah, akan dimakbulkan. Amin

     11.15am
    •  pulang ke Hotel
    • disini saya ada mengambil beberapa gambar ketika pulang ke hotel. Gambar ini adalah tempat Mina, bagi yang mengerjakan Haji


     12.15pm
    • sampai di perkarangan hotel
     12.40pm
    •  makan tengahari, menu :-Nasi berlauk, sambal sotong, gulai ikan masak lemak & beberapa ulaman & buahan

    1.05pm
    •  solat zohor @hotel
    3.15pm
    • solat asar @masjidil Haram
    • dapat kenalan baru dari India
    6pm
    • solat Maghrib & Isya @Masjidil Haram
    9.15pm
    • beli ice cream vanilla 5Riyal (kedai berhampiran Hotel) bagi pengubat sakit tekak (perubahan cuaca)
    9.25pm
    • makan malam, Menu :-Nasi Berlauk (ikan goreng berlada, daging masak kicap & sup sayur campur)

    10.15pm
    • waktu istirehat @bilik hotel & tidur

    HARI KE 5

    3.30am
    • solat subuh @masjidilHaram
    4.45am
    • sekitar perjalan kaki, penuh dengan jualan lelong antaranya jubah, tasbih, coklat
    5.30am
    • sarapan pagi, menu :- lontong telur sebijik

    11.05am
    • solat zohor @MasjidilHaram
    • sila lihat keindahan dalam Masjidil Haram
    • jangan khuatir, tong2 air zam2 ada dimana-mana sahaja. Anda digalakan membawa botol mineral bersize kecil, senang dibawa balik


    12.50pm
    • makan tengahri di AL ZALFAH MALL
    • ia berhadapan dengan masjidil haram
    • pelbagai aneka makanan (nasi arab 27 Riyal-harga makanan agak mahal sedikit) & pelbagai aneka kedai serta supermarket


    •  boleh buat jubah-siap 1 hari
    • @supermarket di tingkat 2 (total pembelian air : 8 Riyal) (saya bukan minum, tapi saya hanya buat koleksi sahaja)
    3.00pm
    • solat asar @masjidilharam
    • dapat kenalan dari Indonesia
    4.30pm
    • beristirehat di bilik hotel
    6.00pm
    • solat maghrib & Isya @MasjidilHaram
    9.00pm
    • makan malam, menu :-Nasi Berlauk (saya hanya ambil Ikan masak Sambal Hijau & Daun Salad & buah epal merah)

    10.00pm
    • ambil cab dari hotel ke GUA TSUR @ JABAL THAWR-30 Riyal (4 orang)
    • tempat persembunyian NABI MUHAMMAD S.A.W
    • harus diingat, bagi yang sihat espc kaki jer yg boleh naik ke sini, kerana ia perlu menaiki tangga2 yg berliku
    • 1/2 jam menaiki & 1/2 jam menuruni tangga
    •  permandangan atas bukit, indah bukan?

    • ini lah dia gua yg dimaksudkan, sesiapa yg ada wuduk boleh solat didalamnya. hanya memuatkan seorang sahaja. subhanAllah...kebesaran tuhan
    • ketika menaiki ke bukit ini, perbanyakkan la berselawat ke ATAS-Nya.
    • ketika ini, saya berjumpa dengan Ustaz Muhd Hafiz(https://www.facebook.com/muhammadhafiz.afandi). Selama ini saya hanya berbual dgn berliau di fb sahaja. Seorang yang humble & suka bercerita sepanjang saya di atas bukit ini
    12.15
    • ambil cab & terus pulang ke hotel 30 Riyal (seramai 4 orang)
    1.00am
    • sampai di Hotel & time utk tidur

    HARI KE 6

    4.00am 
    • solat subuh @hotel. keletihan memanjat bukit semalam.
    5.45am
    • sarapan pagi, menu :- roti bersama cream cheese + pisang , memang sedap cream cheese buatan arab ni, jatuh cinta terus

    7.45am
    • bertolak dari hotel ke ladang Unta
    8.40am
    • ziarah ke 4 LADANG UNTA
    • malangnya saya tak dapat nk menunggang unta..huhuhuh

    9.15am
    • ziarah ke 5 MASJID QUBA
    • ustaz berkata jika kita kunjungi masjid ini, ibarat kita lengkap membuat umrah
    • perbanyakkan buat solat sunat

    • saya membeli fridge magnet (4 = 10 Riyal)
    • disini ada mcm-mcm jualan, kekacang, tasbih, jubah & lain-lain
    9.50am
    • ziarah ke 6 MUZIUM MUZABARIAH
    • disini pintu kaabah dipamerkan
    •  pintu utama, dihadapannya tersedia air Zam-Zam




    10.30am
    • ziarah ke 7 KILANG KURMA "KAKIAH"
    • boleh merasa pelbagai jenis kurma dengan PERCUMA
    • pesanan dari penaja-sila la membuat pembayaran terakhir, disitu akan dapat lebih diskaun & barang percuma..hihihihihi
    • kurma nabi murah disini, 1 kg=RM80, tak silap saya, lupa..huhuhuh
    12.10pm
    • sampai di Hotel & makan tengahari
    • keletihan melanda, saya makan banyak kali ini, 2 kali tambah nasi..hehehehe
    12.50pm
    • terpaksa solat zohor @Hotel, penat + kenyang = mengantok
    3.00pm
    • solat asar @masjidil Haram
    4.00pm
    • pembelian ubat-ubatan @ AL SAFWAH TOWER

    • pefume bau arab, xkuat sangat & ia lembut bau nya
    6.30pm

    • kelewatan untuk ke Masjidil haram bagi menunaikan solat maghrib
    • orang sudah penuh, so saya terpaksa naik ke roof top
      • cantik juga permandangan dari atas ini, orang pon ramai, seronok juga kan, sekali sekala xde aircond...nie free air...hhehehehe
      9pm
      • AL BAIT MALL-shopping again, kali ini saya beli perfume lagi
      • promoter dia sungguh peramah & berbudi bahasa even x pandai english
      • harga sebotol perfume adalah 50 Riyal
      9.45pm
      • AL SAFWAH TOWER-makan malam, saya makan fillet fish 15 Riyal

      10.45pm
      • pembelian gelung serban @dikenali sebagai EGAL 20 Riyal

      11.20pm
      • balik ke hotel & tidur

      HARI KE 7

      3.50am
      • solat subuh @masjidilharam
      5.30am
      • sarapan pagi, menu :-nasi goreng cina, telur mata. lagi satu, disini, beras yang digunakan adalah beras mathi, so mkn sikit sahaja dh kenyang & baik utk yang berpenyakit. maklumlah la jemaah ramai warga remaja purba kan....
      • oh ya, jika anda bernasib baik @ ada rezeki, selalu nya orang arab akan memberi sedekah apa sahaja dalam bentuk makanan seperti kurma, nasi arab, daging unta. Saya acapkali dapat kurma, nasi arab, cuma saya x ambil daging unta, nak masak kat mana kan?heheheheh

      6.35am
      • bersiap sedia untuk membuat umrah sendiri . Saya ditemankan 2 orang jemaah lain
      • tenpat pertama yang perlu dilakukan adalah  TANAIM (ia adalah tanah halal), ia mengambil masa selama 30 minit perjalanan
      • bayaran cab 50 Riyal (pergi/balik). Ketika di TANAIM, pemandu cab akan menunggu anda selama 15 minit, harus anda ingat cab yang mana satu anda naik ya

      7.20am
      • perkarangan tanah haram @ Masjidil Haram @ Mekkah
      • umrah kali ke-3 saya telah bermula. Ketika ini, saya membuat sorang diri sahaja. Fokus pada amalan yang sya buat. In Shaa Allah, Dipermudahkan segalanya,amin
      • pintu kaabah, KEBESARAN ALLAH ..masa ini ada kerja pembersihan, Kalau tak silap saya, setiap 1/2 kan dilakukan pembersihan (mop lantai, rapikan kain kaabah)
      • ketika ini, untuk melakukan amalam umrah, memang sesuai, kerana jemaah tidak ramai. Rasa selesa & aman
      •  ketika ini saya lakukan berlari-lari anak
      10.20am
      • umrah ke tiga saya telah selesai, Alhamdulillah

      10.40am
      • saya melakukan BERTAHLUL-10 Riyal. Memang niat saya, jika saya berjaya menunaikan umrah yg ketiga saya akan membotakan kepala saya. Alhamdulillah, Allah izinkan nya

      11.00am
      •  beristirehat di hotel
      1.00pm
      •  makan tengahari, menu:- kali ini saya makan besar ya..heheheh....lapar sangat kot. maklum lah masakan kegeraman saya, masak lemak cili padi
      3.20pm
      • solat asar @masjidilharam
      4.30pm
      • pembelian BISHT, ia sejenis pakaian untuk kaum lelaki, cover untuk jubah-berwarna hitam. Biasanya Orang-orang besar agama yang pakai ia berharga 70 Riyal, compare kedai di tepi jalan adalah 150 Riyal, dapat percuma serban putih lagi tau
      6.20pm
      • ketika menuju ke Masjidilharam, dapat kenalan dari Lubnan

      9.00pm
      • solat maghrib & Isya @masjidilharam
      9.30pm
      • makan malam @AL SAFWA TOWER bersama kawan baru dari india. 2 set 45 Riyal

      10.30pm
      • @hotel & tidur


      HARI KE 8

      3.45am
      • solat subuh @masjidil Haram
      5.10am
      • tawaf sunat dilakukan sebanyak 7X



      6.20am
      • sarapan pagi, Menu :- nasi Lemak

      7.30am
      • beristirehat di hotel
      10.30am
      • berjalan-jalan sekitar kota Mekkah & beli apa yang patut, maklumlah hari ini hari terakhir di Mekkah, awl pagi esok perjalanan ke MADINAH
      • pembelian kurma nabi (dia letak harga 120 Riyal 1kg, tapi saya dapat kurang 1kg-90 Riyal, kurma coklat, kacang campur, coklat

      • ketika sibuk memilih kurma, saya dapat kenalan baru lagi, dari Yaman. Dia yang tolong tawar menawar pembelian saya. Dapat harga murah lagi, Syukur..Alhamdulillah
      1.30pm
      • makan tengahari, menu : Nasi Berlauk
      • solat zohor @hotel

      3.30pm
      • solat asar @masjidilharam
      6.00pm
      • shopping lagi bersama jemaah lain @AL WASA MALL
      • terletak dihadapan masjidilharam
      • bagus untuk diberi cenderahati, 1 kotak 10 Riyal

      6.50pm
      • ambil kain ehram di kedai dobi , 2 helai 20 Riyal, diskaun 5 Riyal..hehehehe
      7.05pm
      • solat maghrib @hotel
      7.30pm
      • tahlil & makan malam @hotel

      8.15pm
      • solat isya @hotel
      9.00pm
      • aktiviti bebas
      10.00pm
      • tidur

      HARI KE 9

      3.30am
      • solat subuh terakhir @masjidilharam
      5.05am
      • sarapan pagi, menu :-nasi goreng kg, telur mata

      7.00am
      • tawaf wida (tawaf kepulangan @ selamat tinggal), dibuat 7X pusingan
      • setelah selesai, anda dilarang merakam gambar

      10.00am
      • menunggu bas untuk ke MADINAH, selamat tinggal kota MEKKAH
      • Ia mengambil masa selama 6 jam perjalanan
      1.30pm
      • makan tengahari & Solat Jama' di Hentian R & R
      •  pembelian : ice Mochachino choc 15 Riyal
      • minuman yang menyegarkan..hehehehe

      2.30pm
      • sambung perjalanan ke MADINAH
      • perjalanan yang amat meletihkan sehingga saya tertido
      4.45pm
      • sampai di KOTA MADINAH, syukran.....
      • kami menginap dia hotel AL ANSAR NEW PALACE HOTEL
      • kedatangan kami disambut dengan kurma & coklat "selamat datang"

      •  keadaan hotel yang strategik, bersih, staff pon baik, bilik yang kemas
      • tempat makan di Level "M"
      7.40pm
      • makan malam @hotel , menu :-nasi berlauk
      • bagi saya, makanan lagi sedap ketika di kota Mekkah, yelah, caterer x sama kan. as long as...BERSYUKUR

      8.10pm
      • solat isya @masjid Nabawi
      • lihat la keindahan kota madinah & Masjid Nabawi


      •  keadaan diluar masjid Nabawi


      •  keadaan didalam masjid Nabawi

      •  ketika payung sedang terbuka



      9.00pm
      • mengelilingi masjid Nabawi
      •  makan RASULLULLAH S.A.W
      • TAMAN RAUDHAH
      11.00pm
      • @hotel & tidur

      HARI KE10

      4.00am
      •  solat subuh @masjid nabawi
       5.15am
      •  sarapan pagi, menu :-buffet, saya ambil bihun goreng, sosej & keropok

       7.30am
      •  temankan 1 keluarga dari perak ni shopping
      • saya dapat serban percuma dari pihak kedai, kerana saya pandai tawar menawar..hihihih
       11.30am
      •  persekitaran di Kota Madinah, ia tersusun & bersih

      •  solat Jumaat @masjid nabawi

       2.30pm
      •  makan tengahari, Menu :-buffet nasi berlauk

       3.30pm
      •  solat asar @masjid nabawi
      • dapat kenalan dari orang jerman & arab
      6.30pm
      • solat maghrib @masjid nabawi



      7.40pm
      • makan malam, menu :-buffet nasi berlauk

      8.15pm
      • solat Isya @masjid nabawi
      915pm
      • @hotel
      9.30pm
      • ronda-ronda sekitar bandar madinah
      • kebanyakkan kedai-kedai sistematik, tapi dibanding dengan penduduk disini dgn mekkah, saya suka penduduk di mekah, ia lebih mesra & tidak sambong
      • saya tak beli apa, harga lebih mahal dibanding dengan kota mekkah, lagi pon, semua barang yang saya nak telah dibeli. Hanya saya beli ice cream 5 Riyal & makanan ringan sahaja
      11.00pm
      • balik ke hotel & masa untuk tidur


      HARI KE11


      4.00am
      • solat subuh @masjid nabawi
      5.00am
      • pembelian tasbih (12 tasbih- 10 Riyal) di sepanjang jalan dari masjid nabawi ke hotel
      • lupa saya nak inform, selepas solat subuh, peniaga-peniaga haram akan mula berniaga disepanjang kaki jalan dengan harga yang lebih murah & kalau anda bijak dalam tawar menawar, anda akan dapat harga lebih jauh murah

      5.10am
      • sarapan pagi @hotel, menu :- naso goreng +telur mata +keropok

      7.20am
      • ziarah ke 7 "MASJID QUBA"
      • masjid yang berwarna putih, sesuci embun
      • perbanyakkan buat solat sunat, cth :-tahiyatul masjid, dhuha, taubat & etc




      8.30am
      • ziarah ke 9 " LADANG KURMA@FAHAD"
      • nak beli kurma, kekacang @ manisan (gula-gula, coklat) disini ada jual, tapi awas harga quite mahal juga la
      • pemberian air kurma secara percuma, ia sangat sedap ya, saya minum 3 cawan..hehehehe


      9.45am
      • ziarah ke 10 ''JABAL UHUD''kawasan peperangan
      • masa ini, cuaca tersangat la panas, tapi tiupan angin sangat kuat
      • saya boleh katakan selama saya berada di mekah & madinah, saya x mandi seharian pon xper, ia x berpeluh & tak keluarkan balu badan yang kurang menyenangkan
      • disini ada juga kedai-kedai menjual pelbagai barang dengan harga yang lebih murah


      12.00pm
      • samapi di hotel & istirehat
      1.30pm
      • makan tengahari, menu :- nasi berlauk

      2.15pm
      • pembelian : minyak zaitun 2 botol : 10 Riyal, saya dapat diskaun 5 riyal

      3.30pm
      • solat asar @masjid nabawi
      • ketika ini payung di masjid mula mengembang cuaca panas mula menyinar


      4.15pm
      • ronda-ronda sekitar kawasan hotel. Jangan risau, kota madinah penuh dengan pelbagai kedai, mall, supermarket, anda perlu sediakan duit sahaja...heheheheh
      • pembelian: kasut 15 Riyal

      • ia sangat selesa, ruang udara kasut yg bagus & sesuai diguna kemana sahaja
      6.30pm
      • solat maghrib @masjid nabawi
      7.40pm
      • makan malam @hotel

      9.00pm
      • dapat kenalan baru dari Pakistan, seorang yang baik & dia sudi membawa saya jejalan sekitar kota madina
      •  dia belanja coffee pulak, actually dia nk belanja makan, memandangkan saya dh makan kan..kalau x..ngap juga...ahahahahah
      •  & dia belikan saya 1 kotak teh arab. Masa ni saya ajak dia ke supermarket. Saya kalau ke negara orang, saya akan cuba cari & beli produk negera tersebut untuk saya mencuba @ simpan buat kenang-kenangan. Masa saya nak bayar di kaunter, dia telah bayar terlebih dahulu. saya harap rezeki anda dimurahkan, amin

      11.00pm
      • @hotel & tidur

      HARI KE 12

      3.15am
      • subuh terakhir @masjid nabawi
      5.00am
      • sarapan pagi, Nasi goreng

      9.20am
      • @TAMAN RAUDHAH @ TAMAN SYURGA
      • hati saya berdetik nk kesini & ketika ini orang tidak ramai, so boleh lah saya que
      • alhamdulillah tidak sampai 10 minut saya que, saya dapat masuk ke TAMAN RAUDHAH & saya solat sunat syukur. berlari saya kesana, bukan apa mudah bg saya untuk menunaikan solat sunat, habiz cepat, kita boleh bg ruang kita kepada orang lain. masa saya solat, memang berhimpit-himpit, cuma niat saya pada masa itu hanya temui yang masa esa & menziarah makan RASULLULLAH. Alhamdulillah ALLAH perkenankan doa saya. Amin
      • disini MAKAN RASULLULLAH s.a.w di semadikan. Jangan lupa perbanyakkan selawt ke atas nya






      • ketika saya melintasi makan RASULLULLAH, hati saya tersangat la sayu & perasaan yang sama ketika saya melangkah keluar dari Taman Raudhah, macam dia memanggil2 saya kepadanya. Terus terang saya katakan, air mata saya tak henti-henti mengalir


      •  persekitaran di luar madinah, memang waktu ini tidak ramai orang

      10.30am
      • semasa pulang ke hotel, terserempak dengan jemaah saya yang lain. Mereka mahu ke  Kilang Quran, apa lagi, saya pon join to-gether-gether la...
      • KILANG AL-QURAN "KING FADH MADINAH"
      • anda akan dapat senaskah Al-Quran percuma




      1.10pm
      • hari terakhir makan tengahari @hotel madinah
      1.45pm
      • supermarket berhampiran, Pembelian :- roti potong 4 Riyal
      2.15pm
      • mengemas & bersiap utk pulang ke Malaysia
      3.30pm
      • bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah
      • masa perjalanan mengambil masa 1 hari ya
      7.00pm
      • berhenti di hentian R n R
      • pembelian :- Air Mineral & Jagung Mentega
      • masa ni keletihan sangat
      9.30pm
      • solat jamak (maghrib & isya) @Masjid terapung@Masjid Arrahmah, Jeddah
      • makan malam dikawasan masjid menghadap laut
      •  disinilah aktiviti malam orang jeddah beriadah


      HARI KE 13


      2.00am
      • sampi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah
      • tunggu pintu checkin buka jam 4am
      • so ada jemaah yang mandi & tidur
      • saya ketika ini sibuk me-wrapping ludgage, murah kalau dibuat sendiri
      4.30am
      • kaunter check in telah dibuka
      • pelbagai karenah staff disini, semuanya perlukan duit
      7.45am
      • sarapan pagi, menu :-roti & cream cheese
      8.30am
      • bersiap sedia untuk menaiki pesawat
      • ketika ini, penumpang memang tak ramai, ada yang sebaris seorang sahaja, boleh baring-baring..heheheh

      9.40am
      • sarapan pagi, menu :- nasi lemak

      2.30pm
      • makan tengahari
      9.00pm
      • makan malam. menu :- nasi dagang

      10.30pm
      • Alhamdulillah, selamat sampai KLIA 2
      11.45pm
      • bertolak dari KLIA 2 ke Rumah-Bandar Tasek Permaisuri
      12.15pm
      • selamat sampai rumah-''Home Sweet Home"
      saya bersyukur kepada ALLAH Taa'la, kerana dia mengizinkan saya menjejaki kaki ke Tanah Suci. In shaa Allah, jika ada rezeki lagi, saya akan kesana lagi. lagipon saya ada beberapa kawan dari sana. Mudah bagi saya nanti. Amin

































































        No comments:

        Post a Comment

        إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

        Assalamualaikum.. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن Al-Fatihah.. Untuk makluman semua Yusaini Bin Yusof blogger  yusainitravel.blogspot...